Tawaran Istimewa

Cara Pembelian

Cara Pembelian Melalui Langkah Mudah Seperti Di Bawah.

Pilih produk di katalog produk di paparan utama laman web MuslimahShop.com.my.
Halakan mouse pada produk dan klik "Tambah Ke Troli"

 

Selepas selesai pilih produk (satu atau lebih produk), klik pada menu Bakul seperti tertera di imej atas.

 

Selepas klik pada menu Bakul seperti tertera di imej atas, butiran rekod pra-pembelian anda disenaraikan bersama jumlah harga kasar.
Kemudian klik pada butang "Semak Keluar" (checkout)

 

Jika anda tiada lagi akaun di MuslimahShop.com.my, anda boleh klik "Seterusnya" pada ruangan Pelanggan Baru.
Jika anda sudah ada akaun di MuslimahShop.com.my, anda boleh login panel pelanggan dengan masukkan Emel, Katalaluan pada ruangan Pelanggan Setia. Kemudian klik pada butang.

 

Jika anda memilih untuk mendaftar baru, ada ruangan borang baru akan dipaparkan. Sila isi borang seperti imej di atas dengan lengkap. Klik pada "Alamat Bil & Penghantaran Adalah Sama" jika sama dan klik pada persetujuan atas Terma & Syarat. Kemudian klik "Seterusnya"

 

Anda dibawa ke Bahagian Langkah 4: Kaedah Penghantaran. Pilih pilihan "Penghantaran Melalui Kurier" dan klik Seterusnya.

 

Kemudian anda ke Bahagian Langkah 5: Kaedah Pembayaran. Ada 2 pilihan pembayaran samaada (1) Kad Debit/ Kredit & FPX atau (2) Pindahan Bank (samaada secara Deposit Cash Machine, ATM, Pindahan Online). Jika melalui (1) Kad Debit/ Kredit & FPX, ada caj tambahan 3% bagi setiap transaksi yang berlaku. Kemudian klik pada "Seterusnya"

 

Senarai butiran lengkap pra-pembelian anda termasuk harga penghantaran dan caj kad debit/ kredit/ fpx (bergantung kepada pilihan).
Kemudian klik pada "Sahkan Tempahan"

 

Jika anda menggunakan Kad Debit/ Kredit & FPX, anda akan dibawa kepada laman Sistem SenangPay.
Sila pastikan jumlah dan rekod maklumat anda adalah betul seperti dipaparkan pada web SenangPay.

 

Sila pilih samaada bayaran melalui Kad Debit/ Kredit atau FPX.
Kemudian masukkan maklumat Kad Debit/ Kredit atau maklumat bank anda melalui cara FPX.
Kemudian selepas selesai isi rekod yang diperlukan, sila klik "Submit". Anda akan dibawa ke laman bank dan anda diminta untuk masukkan kod pengesahan TAC daripada bank / penyedia kad debit/ kad kredit anda. Bayaran anda akan diproses.

 

Jika anda melakukan cara bayaran secara manual (samaada melalui mesin deposit tunai, ATM, manual pindahan wang secara online), sila ikut langkah bermula seperti imej di atas. Pilih cara bayaran Pindahan Bank. Kemudian klik "Seterusnya"

 

Selepas itu, anda akan dibawa ke laman pengesahan bayaran. Sila catat maklumat akaun bank syarikat MuslimahShop.com.my dan sila buat bayaran seperti jumlah bayaran dan dibuat kepada akaun bank tertera.
Kemudian, SMS mengikut format seperti imej di atas. SMS perlu dihantar untuk mendapatkan perhatian admin supaya pengesahan tempahan dapat disegerakan.
Selepas itu klik pada "Sahkan Tempahan"

 

Selepas itu, tempahan anda berjaya direkodkan dalam sistem MuslimahShop.com.my. Anda boleh semak emel anda juga untuk rujuk Kod Tempahan.

 

Untuk rujuk kembali rekod tempahan yang telah dibuat, klik pada menu "Akaun Saya" di bahagian menu paling atas.

 

Anda dibawa ke laman utama panel pelanggan MuslimahShop.com.my. Klik pada "Lihat Rekod Tempahan Anda". Di sini anda boleh lihat rekod maklumat yang lepas dan rekod tempahan yang baru dibuat.

 

Di laman rekod tempahan, di sini anda boleh lihat rekod maklumat yang lepas dan rekod tempahan yang baru dibuat. Klik pada ikon kanta di sebelah senarai rekod utama.

 

Kemudian anda dibawa ke laman lengkap bagi rekod tempahan pilihan anda seperti imej di atas. Anda boleh lihat rekod maklumat yang lengkap bersama status terkini tempahan anda dan maklumbalas daripada admin terutama bagi rekod penghantaran dan lain-lain.

 

Seperti di imej di atas, anda boleh lihat rekod maklumat yang lengkap bersama status terkini tempahan anda dan maklumbalas daripada admin terutama bagi rekod penghantaran dan lain-lain di ruangan paling bawah di laman Rekod Tempahan ini.

Jika anda membuat bayaran melalui cara kad debit/ kad kredit dan FPX, status tempahan anda automatik menjadi status "Processing", bermaksud pembayaran telah berjaya dibuat dan disahkan oleh sistem, dan tempahan anda akan diproses ke peringkat seterusnya (pembungkusan item, penyediaan rekod tempahan, penghantaran dll). Jika anda membuat bayaran melalui cara Pindahan Bank iaitu bayaran secara manual ATM, mesin deposit tunai, pindahan online, status tempahan anda masih "Pending", admin perlu mengambil masa 1-2 hari bekerja untuk membuat pengesahan pembayaran dan seterusnya mula proses tempahan ke peringkat seterusnya (pembungkusan item, penyediaan rekod tempahan, penghantaran dll)

 

Bagi kedua-dua cara bayaran, anda perlu masukkan rekod pengesahan pembayaran untuk mempercepatkan proses penghantaran.
Klik pada menu "Borang Pengesahan Bayaran" di menu bawah.
Isi borang pengesahan bayaran ini dengan rekod yang lengkap termasuk slip bayaran anda (anda boleh ambil gambar dan muatnaik gambar tersebut)

 

Selepas selesai isi borang pengesahan bayaran ini dengan rekod yang lengkap termasuk slip bayaran anda (anda boleh ambil gambar dan muatnaik gambar tersebut), anda boleh klik "Hantar". Sila semak butiran status tempahan anda melalui panel pelanggan seperti dinyatakan di langkah (14).

 

Tentang Kami

MUSLIMAH SHOP SDN BHD (771965 H) telah ditubuhkan pada 3 May 2007. Di miliki oleh 100% bumiputera. Beralamat berdaftar di Lot 4.65, Level 4, The Mall, 100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur. Syarikat beroperasi di No. 15, Jalan 6, Taman Batu Off Greenwood Park, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

visitors today visitors yesterday visitors total visitors online

HUBUNGI

FACEBOOK

© Copyright 2017 Muslimah Shop Sdn Bhd. All Rights Reserved